Sunday, July 5, 2009

Tuesday, June 30, 2009

SEJARAH SK SERI NEGERI LANGKAWI


Ditubuhkan dari percantuman dua sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Kuah Lelaki dan Sekolah Kebangsaan Kuah Perempuan. 'Kuah' berasal daripada Bahasa Sanskrit iaitu perkataan "KAWA" yang bermaksud "Kampung". Sekolah Kebangsaan Kuah Lelaki ditubuhkan pada tahun 1910 berhadapan Hospital Daerah Langkawi.Sekolah Kebangsaan Kuah Perempuan ditubuhkan pada tahun 1970 berhadapan Masjid Al- Hana, Kuah.Mulai tahun 1970 itulah berlakunya percantuman antara Sekolah Kebangsaan Kuah Lelaki dan Sekolah Kebangsaan Kuah Perempuan.Pada tahun 1993 Sekolah Kebangsaan Kuah berpindah ke bangunan yang digunakan sekarang.Pada Januari 1998, sekolah ini ditukarkan nama kepada Sekolah Kebangsaan Seri Negeri .